Ok,dah settle shopping part 1. Kami menuju ke Underwater World Langkawi. Sis Sarah pergi beli tiket, sambil kami meninjau ninjau di bahagian entrance. Ada akuarium besar dan ikan. Teruja 3kids ni tengok ikan yang besar besar. Bila masuk ke dalam lagi best. Akuarium atas kepala. Ikan lalu atas kepala. Can you imagine that? Selain daripada ikan, banyak haiwan laut yang lain. Ada penguin.. Cute sangat la hai. Macam nak bawak balik. Then ada dolphin, crab, King of prawn, turtle, jellyfish dan pelbagai lagi. Kawasan kat situ sangat luas. Hampir satu jam setengah juga kami explore. 3kids ni la yang paling happy. Kat situ pun ada tempat shopping juga. Cocoa Valley dan The Zon Shopping Paradise. Harga pun lebih kurang. Kat sini sis shopping baju je. Selesai shopping part 2. Nak cari makan lak. Lapar dah..
Kami memilih KFC je untuk santapan di kala lapar. Then berkelah di persisiran pantai Cenang. Takde la sis bentang tikar. Duduk berteduh di bawah pondok yang disediakan je. Menikmati KFC sambil memerhati gelagat pelancong yang mencuba parachute. Kami plan nak menjelajah pulau ikut pakage yang ada disediakan. Tetapi memandangkan cuaca tak berapa elok, plan dibatalkan.
Kemudian pergi ke Beras Terbakar. Sis tak turun pun. Rayqal dah terlelap. Diaorg pun sekejap je tengok kawasan beras terbakar tu. Teruskan penjelahan ke Makam Mahsuri. Tempat yang penuh dengan sejarah. Semua tau cerita mengenai Mahsuri kan. Ada rumah Mahsuri yg dipercayai diduduki oleh Mahsuri. Satu kawasan tu ada perigi. Sejuk airnya. Kalau cuaca panas, basuh muka mesti best. Sis sempat beli kuih deram dan cakar ayam yang dibuat di situ.Makcik makcik yang buat memang pro. Makan panas panas, sedap sangat. Dah puas explore kat situ, balik apartment. Dalam perjalanan..eh tersinggah pula Teow Soon Huat Duty Free. Shopping lagi. Yang ini part 3 pula. Kat sini sis borong coklat lagi.
Sampai di apartment, semua rest setelah seharian penjelahan kami. Dalam pukul 8.30 mlm, kami keluar makan. Tak ingat nama restoran ni. Memang ramai sangat. Itu yang kami decide makan kat situ. Cuma bila makanan sampai. Dok terfikir, kenapa restoran ni ramai orang. Makanan tak berapa sedap. Kami order siakap sour, tapi rasanya sangat manis, bagai gula tertumpah. Kangkung belacan sangat masin. Oh apakah ini?? Hilang selera nak makan. Tapi habiskan je la. Nak buat macam mana. :( . Bila selesai makan, kami round area berdekatan. Takde kedai makan melayu, patutla restoran tu ramai orang.
Kemudian balik apartment, packing mana yang patut. Esok dah nak check out.
Hasil tangkapan |
Hasil memancing |
Last day at Langkawi -----> Klik di sini
No comments:
Post a Comment