LAST DAY DI LANGKAWI

Emm.. Hari ni hari last cuti cuti Malaysia sis di Langkawi. Pagi ni takde aktiviti sangat. Sis Sarah n mom in law sis keluar pergi Hj Ismail Group. Ada nak borong sikit lagi.. betul ker sikit ni?.. hehe. Sis, husband n Rayqal habiskan masa, mandi di swimming pool. Tak ramai pun hari ni kt pool. Mungkin  ramai yang dah check out semalam. Kalau tak,setiap hari lalu lalang kat situ, mesti penuh. So dapatla sis mandi dengan privasi sikit. Dah puas mandi manda kami naik ke atas, mandi lagi dan susun semua barang, letak satu tempat. Jadi takde la yang tercicir nanti. Pukul 12tghari kami check out. Bawa semua luggage dan barang. Drive terus ke airport. Ticket pukul 2pm nanti. Sementara tunggu, sis jalan jalan kt kedai situ. Ada harga yang mahal, ada yang sama je. Sis tengok perfume. Murah la kat sini, duty free kan. ada sorang girl yang jaga kaunter tanya. " Nak pilih perfume yg macam mana?" Sis jawab " I nak tengok Guess Gold / Gucci Flora / Salvatore Ferragamo". Girl keluarkan perfume yang sis nak. Tetiba dia tanya sis, pernah dengar perfume Original Reject? Sis blurr sebab tak pernah dengar. Then girl explain, original reject ni, perfume ori cuma ada defect pada botol, Contoh calar, tulisan pada botol terkopek, tulisan tak terang. Ori reject ni memang xkan ada box. Ohh.. Lagi satu Harga murah daripada pasaran even murah drpd duty free. Then sis tanya girl, " U ada jual ker?" Girl keluarkan salah satu perfume yg sis nak, Salvatore Ferragamo. Sis pun try. Defect pada leher botol, small crack. Bau n lasting memang sama. Sbb ori kan. So sis terbeli satu. RM 160 je. Yelaa kalau dekat mall RM 428. Banyak dah bole save. Dia bagi contact num. Kalau nak beli lagi, dia bole post je. Oh bestnya. Then sis bagitau kat sis in law sis. Diaorg pun beli. Dah bole jadi agen sis ni. Heeheh.. So kalau korang nak beli, bole contact sis lak. Tak yah la pergi borong kt Langkawi.

Flight dah sampai. TaTa Langkawi. Jumpa lagi!






1 comment:

  1. akak, kalau gucci floral akak tuh jual brape??brape ml??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...