First place is Galeri Perdana Menteri Tun Mahathir. Besar, luas,cantik dan ada nilai yg tersendiri. Setiap level mempunyai cerita. Dari zaman perang hingga sudah Merdeka. Kereta antik ada, kereta formula One, Proton Saga kebanggaan rakyat kita pun ada. Lagi, ada dipamerkan hadiah hadiah pemberian negeri lain kepada Tun Mahathir mewakili Malaysia. Ada hadiah barangan kemas Batu jed Dari negeri China.
2nd place is Bird Wildlife Park. Banyak haiwan kt sini, bukan burung je. Dekat pintu masuk ada jual makanan utk bg kt haiwan nanti. Sebungkus RM 6. Dalam ada macam macam. Carrot, sayur hijau, sekoi,kekacang. Masa ni mata Rayqal dah agak layu. Sis ambik peluang dulu bg burung makan. Teruja Rayqal tgk burung tu dtg dekat dan makan kt tapak tangan sis. Dh puas bagi makan, sis round lagi kt dlm tu. Rayqal dh tak dapat menahan matanya. Tertidur dah atas bahu sis. Disebabkan sis pun tak larat nk dukung, sis ambik keputusan keluar dan stay dlm kereta sementara menunggu diaorg explore this place. Dah penat explore, kami berpatah semula ke Galeri Perdana utk solat jamak. Kawasan di situ sgt bersih dan selesa. Nyaman dengan pokok2 yang menghijau. Indahnya.
Krukk..krukk..krukk.. perut masing masing dah berkeroncong lagu Ghazal Untuk Rabiah. hehehe.. Laponya.. org Johor kata.. Lapaunya.. kalau org Melaka.. cari punya cari sampai ke pantai Cenang, byk kedai makan.. tapi bukan nasi berlauk. Kitaorg prefer nk lunch nasi berlauk.. So cari lagi.. Then sampai kt Kg Ulu Melaka. Gerai tepi jalan. Dari jauh..yeah..ni confirm ada nasi berlauk. So sis Sarah pergi tengok dulu. Taknak turun semua,kalau takde..penat je.. Semua menanti isyarat harapan drpd sis Sarah.. Sis Sarah menunjukkan Thumb up... ok kami serbu :).
Lauk pun dah tak banyak. Tapi masih boleh dipilih utk makan la. Lauk kegemaran sis masih ada.. Yahoo.. Ayam masak kicap, hati ayam, sayur kacang.. Walaupun simple lauk lauk kat situ. Tapi memang sedap terbaik. Sis Highly Recommended makan kt Kak Yan Nasi Campur. Harga pun murah.
Kat bawah ni, gambar.. lauk di gerai Kak Yan. Rupanya memang ramai yg review Gerai Kak Yan Makanan Lauk Pauk Kampung Terbaik kt Langkawi. Maksudnya Gerai yang tak salah kami pilih.
credit to caridestinasi.com |
credit to instagphoto |
kredit to pienkcat.blogspot |
Then next destination Cable Car. Punyala ramai orang. Sampai takde parking. 2-3 round juga cari parking. Bila dah dapat parking, masing masing turun bawak perut yang dah lapar semula. Sebab dlm kereta tadi semua tido. Driver je yang tak tido. Jadi lepas bangun, memasing lapar. Jalan jalan kat Geopark. Banyak souvenir kat sini. Pelbagai jenis ada. Tempat tumpuan kan. Kitaorg berehat kat pondok yang disediakan. Sambil tengok bebudak main Splash Ball.
Sis Sarah pergi beli tiket utk naik Cable Car. Panjang juga beratur. Beli tiket beratur panjang. Nak naik pun panjang beratur. Kat situ mereka ikut Huruf. Kami huruf D. 30min juga tunggu giliran D. Bila naik ke level atas, beratur lagi. Kitaorg dibawa ke Dome dulu. Rasai pengalaman naik Roller Coaster, duduk tanpa seat belt. Fuh mmg mencabar. Actually hanya screen besar je depan kita tu. Tapi mmg mcm real naik roller coaster. Boleh kecut perut gak. Rayqal menangis sbb orang dalam tu menjerit jerit. Sis peluk je la dia. Nak keluar susah. Diapit orang orang. 15min dalam tu. Bila keluar dgr mat salleh bergossip, This is really amazing!. Kita Patut Bangga tau!
Then pergi ke platform utk naik cable car. Satu cable car bole naik 4-6org. Ini part yg sis paling suka. Dari Cable Car dapat tengok pulau pulau sekeliling, hutan simpan yang masih terkawal. Husband sis gayat,so dia tak berani tengok bawah. Tengok depan je. Dah macam patung. Stop kat First Platform. Sambil menikmati udara segar. Kebetulan cuaca hari tu sedang elok. Kemudian teruskan perjalanan ke 2nd platform. Lagi sejuk sbb berada 950m dari aras air. Angin kuat. Jambatan gantung ditutup coz keadaan angin yg kuat. Bahaya. Kt jambatan ni la Shah Rukh Khan acting.
Hampir 1 jam kami berada di puncak, cukup dah kot.. kami turun ke bawah semula. Perut pun dah lapar, sis memilih makan di cafe hotel yg ada kt situ. Masakan dia biasa biasa aje. Lepas tu, kids main Giant Bubble depan cafe tu. Kalau yang kecil RM3, besar RM5. Seronok tgk diaorg main. Dah seharian berjalan, balik apartment. Take a bath n rest. Pukul 8pm diaorg nak keluar mkn. Tapi Rayqal tido. Kepenatan kan. Tak dapat la sis ikut. Tapau je la. Tinggal la kami. :( Nasi yg ditapau dah sampai.. makan..tgk TV dan belayar la sis.
Nanti sis berceloteh Hari ketiga di Langkawi pulak ok..
No comments:
Post a Comment