HARI KEDUA DI VIETNAM

Sis tengok jam, pukul 6pagi (waktu Malaysia). Waktu Vietnam pukul 5pagi.. tapi apa yg sis terkejut,, terangnya tu dah macam pukul 7 pagi waktu kita. Teruja sis sekejap. hehehe

Dalam pukul 9 lebih, turun utk breakfast di depan hotel je. Warung 1 Malaysia. Amacam nama? Agaknya ramai Malaysian kan. Sis order Roti Vietnamese + Kari daging. Sedap..

Warung Saigon 1 Malaysia Ben Thanh Halal
Warung Sai Gon 1 Malaysia

Roti Vietnam Ben Thanh
Roti Vietnamese + Kari Daging


Sis akan meneruskan penjelahan hari ni ke Mekong River. Perjalanan mengambil masa 2jam untuk sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan, mata sis disajikan dengan kehijauan paddy field. Orang orang Vietnam sedang bercucuk tanam, kiranya ramai yang kerja kampung lagi.

Sebelum sampai ke Mekong River, sis singgah di kedai handcrafts. Ada jual baju, topi, bag, cermin mata. Harga agak berpatutan. Tapi sis tak beli apa apa pun, cuci mata je. 15min je kat sini.

Terus ke Mekong River, beli tiket dan naik boat. Di sini ada 4 buah pulau yang popular. Dragon Island, Unicorn Island, Pheonix Island and Turtle Island. Sis akan pergi dua pulau yg popular ni. Tapi tak ingat namanya pulak.

Pulau 1st, melawat honey bee farm. Ada pokok buah buahan, orkid, ular sawa pun ada tau. Sis ni tak takut, tapi geli dengan spesis yang kulit licin licin ni.. sis dihidangkan dengan pure honey. Yang dalam sangkar tu, yang banyak bee lagi tu. Tour guide suruh cucuk kt salah satu tempat sarang yang ada madu,kemudian rasa sendiri ke'pure'an nya. Baik baik nanti kena sengat pulak.

Honey Bee Farm Mekong River
Honey Bee Farm
Tempat menarik di Vietnam
Macam anak Vietnam dah



Pulau 2nd, melawat tempat pembuatan coconut candy. Tempat ni sangat terkenal di kalangan para pelancong. Ada juga kawan kawan, sedara mara yg pesan untuk dijadikan buah tangan. Ada pelbagai perisa, durian,strawberry, pandan, coklat. Sis beli semua, tapi yang paling sis suka is durian. Ada juga kedai buah buahan di sini. Sis beli buah jambu, manggis. Rasa buah buah ni berbeza tau dengan Malaysia. Kemudian sis dibawa ke pondok dan dihidangkan dengan pelbagai lagi buah buahan. Ada nenas, betik, nangka, pelam, ciku.. Uish memang sedap.. Fresh... Tengah taip entri ni, sis terbayang bayang lak.. ngences.. hehehe..

Makan sambil dihiburkan dengan nyanyian traditional Vietnam. Yang bestnya, diaorang pun boleh nyanyi lagu melayu.. " tiada keretaku bawa kau jalan jalan," lagu sapa ni eh?




Setelah puas berhibur, sis perlu pergi ke pinggir pulau.. Yay masa yang ditunggu. Sis akan menaiki sampan untuk kembali ke boat semula. Sangat adventure. Yang mengayuh kebanyakan perempuan. Ini juga merupakan sumber pendapatan mereka, Sampan yang sis naik ada dua orang pengayuh. Sis beri RM3 seorang. Mereka tunjuk kat sis, rumah yang diaorg duduk. Sangat uzur.. Semasa lewat di rumah mereka, anak anak melambai tangan ke arah ibu mereka yg sedang mengayuh. Sayu pulak rasa hati.

Aktiviti bersampan yang mencabar di Mekong River
Bersampan di Mekong River

Naik sampan di Mekong River

Naik sampan di Mekong River


Sis naik boat semula, diberi pulak minum air kelapa muda.. emmmm.. nyaman nya.. sambil angin bertiup sepoi sepoi.

Tempat menarik di Vietnam Mekong River


Setelah sampai di jeti, sis naik van dan menghala ke masjid berdekatan. Solat dan makan tengahari. Yang uniknya, santapan tengahari di masak di situ dan makan di situ. Kiranya kedai makan dalam kawasan masjid.

Selepas selesai semua, sis pergi ke kilang telekung, baju kurung, jubah, kain ela.. Rambang mata den tengok. Tak tau nak pilih mana, nak beli apa. Hadoi... Kat sini boleh beli kain ela, terus buat. Nanti dia ambil ukuran dan nak design yang macam mana. Buat pembayaran. Nanti diaorg terus hantar ke hotel. Cekap betul kan.. within a day dah bole siap. Upah jahit pun murah. Baju kurung moden lace RM200 sepasang. Tertiba teringat baju sis yang sis hantar kat tailor area rumah sis, dah tiga bulan rasanya. Tak siap lagi. sigh

Shopping di Vietnam
Kilang Kain, Telekung


Badan dah penat, balik ke hotel, rehat. Ready for dinner. Dinner di Salima Restaurant. Area Ben Thanh. Dekat sangat dengan hotel. Geng jalan jalan cari makan pun pernah datang restoran ni.  Serius makanan sedap dan berbaloi. Sis borak dengan owner restoran ni, dia ada kakak nama Saloma.. ada restaurant di Australia.. Wow! Amazing. Sis memang suka kalau dengar ada orang Islam yang mempunyai perniagaan sendiri. Salute..

Salima Restaurant Ben Thanh Halal
Salima Restaurant Ben Thanh


Lepas makan, shopping di Ben Thanh night market. Kat sini lagi la macam macam ada. Kat sini boleh tawar harga sampai jadi beli. Banyak juga la yang terbeli. Boleh beli dalam Dong, USD, MYR.. Masa ni sis beli guna USD. Contoh beli baju. Sehelai baju 65000 dong, MYR 10, USD 2. Jadi bila guna USD kita untung la. Ni tips tau :)


Dah penat shopping, cuci mata, balik hotel, tidur. Esok seharian yang panjang lagi.


--- >> Hari Ke tiga Di Vietnam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...