Wednesday 21 October 2015

Tanda - Tanda Demam Kepialu ( Typhoid)

Assalamualaikum Dunia.

Minggu ini Malaysia digemparkan pula dengan kes Typhoid Fever.  FB Viral dan juga WhatsApp group, semua bercerita tentang Typhoid ni. Yang sis tertanya tanya, ada yang kata Thyroid.. Ejaan hampir sama. Penyakit nya berbeza, rawatan berbeza. Jangan salah sebut pula.

Apa tanda tanda Demam Kepialu ni? Maklumat daripada KKM

(i) Demam panas (suhu lebih 38'C atau lebih), dengan punca demam yang tidak diketahui, selama 3 hari atau lebih dgn salah satu simtom atau tanda berikut: sakit kepala yang teruk, sakit perut, cirit-birit atau sembelit. TAKE NOTE di sini simtom sembelit juga boleh terjadi dan tidak semestinya cirit-birit.

(ii) Semasa outbreak demam typhoid ini, sesiapa saja yang tinggal dalam kawasan yang terbabit dan mengalami demam dengan suhu badan 38'C atau lebih, atau sesiapa yang memang ada berhubung secara langsung dengan pesakit typhoid, dikira mempunyai indeks diagnosis tinggi utuk typhoid fever ini.

Demam kepialu ini dikenalpasti melalui ujian blood atau stool culture, tetapi rawatan harus diberi segera tanpa menunggu keputusan makmal jika simtom dan tanda tanda sangat jelas.

Kenapa kita bimbang dengan typhoid ini? Kerana ianya boleh membawa kematian. The good news is typhoid boleh dirawat

Oleh kerana bakteria penyebab typhoid ini disebarkan melalui makanan yang tercemar dan dikaitkan dengan kekotoran maka langkah langkah yang boleh meningkatkan kebersihan harus diberi perhatian.

Kali ini sumber jangkitan ini dikaitkan dengan pendatang asing...hmm memang tak hairanlah kerana kat Malaysia ni mamat Bangla, Indon, Pakistan dll makin hari bertambah tambah.. Kalau kita perhatikan sekarang ni, di restoran restoran yang bekerja di dapur kebanyakkan dikuasai oleh kaum Bangladesh dan Myanmar. cer tengok kedai mamak sudahlah.

Cuba kita bayangkan secara detail bagaimana mereka handle food and water. bayangkan tangan yang digunakan di dalam tandas. tangan yg sama menebar roti canai, buat teh tarik, potong sayur dsbnya.. Sepatutnya setiap pekerja wajib mengambil suntikan mencegah typhoid  tapi ..pelaksanaan injection vaksin Typhoid pula saya rasa masih belum cukup sepenuhnya...jika tidak masalah ini tak mungkin terjadi.

Pesan sis. jaga kebersihan, basuh tangan selepas keluar masuk tandas, elakkan minum air yang tak dimasak, pilih tempat makanan anda.  Ingat ya. Sebelum ni kes kencing tikus. Sekarang kes jerebu pun masih belum settle. Jadi sama sama kita cegah.

Jaga kesihatan anda dan ingat orang-orang tersayang

Jika ada nak pergi ke overseas, digalakkan ambil Vaksin utk Typhoid ni tau.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...