Friday 19 February 2016

Bercuti Ke Penang

Assalam semua,

CNY lepas kebanyakan orang KL ambil peluang balik kampung. Tapi, terbalik lak sis, sis minta mama sis datang KL sebab nak ajak cuti cuti Malaysia :).. Dekat je

Actually percutian ni sis dah plan sejak Dec 2015. Dan Feb 2016 kami akan ke sana. Sis plan awal bukan apa, takut hotel penuh. Bila plan awal, we can meet yang under our budget. Betul tak?

Sis booked Baan Talay Homestay from booking.com . Sis choose family suite, memang dah tinggal satu ni je pun masa booking. Terletak di Tanjung Bungah, strategik place untuk stay. Mudah nak access ke mana mana nanti. Sbb berada di tengah tengah. Between Georgetown dan Batu Feringgi.

Luar Rumah

Garden

Garden

Our Room

Mini Bar

Wardrobe inside bathroom

Bathroom

Bathroom

Living Room

Garden

Balcony

Keseluruhan boleh beri 4 star and recommended too. Friendly host, Mr Ray.

Check in masa tu at 5.30pm. Kami semua mandi dan bersiap untuk makan malam. Perjalanan lebih kurang 5jam. Kalau termasuk stop kt RNR 6jam.. heheh

Selepas maghrib, sis buka peta. Lebih kurang itenary la. So tonite kami akan makan di Gurney Drive. Perjalanan lebih kurang 15min. Emmm ramai sangat kat situ n mostly sis rasa semua tourists. Pasemboq yang popular dah tutup kedai. Dah habis!. Sis ni sampai lambat sangat ke.. huhuh

Go for 2nd choice Char Kuey Teow. Mama makan mee kari. Husband makan burger special. Abang n sil Nasi Lemak beratur panjang. haha. Punya la ramai yang beratur nak makan nasi lemak tu. Actually sampai after turn abang sis, nasi habis dah. So my bro is the last one. Fuhh.. nak makan pun susah..tak makan pun susah.. haha. Nasi Lemak Cili Bilis. Tengok review ayam rempahnya yang sedap, tapi tak dapat la kitaorg rasa.

Lepas makan, duduk di tepi pantai. Ala2 lepak ditiup angin. Ada mat salleh buat pertunjukkan api masa ni. Husband jadi model. Jangan terbakaq baju udah.

Kemudian kami shopping di Tesco. Mcm la kt KL takde Tesco. Nak cari pampers sebenarnya. Tapi yang best Tesco closed at 1.00am.

Balik dan tido la.. Esok hari panjang yang indah

Hari kedua Di Penang. Klik di bawah.


Penjelajahan hari kedua di Penang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...