Sunday 5 June 2016

Ke Bayou Lagoon Resort, Melaka

Percutian pendek sis kali ini, ke Bayou Lagoon Resort yang terletak di Melaka. Plan sis memang nak bawa Rayqal ke waterpark je.

Sis pergi on weekdays. Apartment pun sis tak booked.

Bila sampai di lobby, sis check rate untuk studio apartment di Amari Villa. Agak mahal. Then immediately, sis browse booking.com. Ok, rate cheaper than and breakfast included. Check in time :)

Relax di aparment dulu, then around 5pm, kami turun ke water park. Suasanan calm je. Memang tak ramai, memandangkan ianya hari bekerja kan. Seronok la Rayqal, water park saya punya. heheh..

Setelah puas hati bermain, sis naik ke bilik. Laluan semasa menuju ke water park (dry area) dan laluan balik (wet area) ke bilik adalah berbeza. Untuk laluan balik, kena pusing jauh sikit dan terus ke lif.

Selepas membersihkan diri,solat, sis pergi ke Jusco. Kira-kira 15min perjalanan. Untuk cuci mata je. hehe.. Sebenarnya, nak beli charger. charger tertinggal.. huwaa.. Kemudian sis makan di Qasreena Cafe. Terletak berhampiran dengan Bayou Lagoon. Ramai yang review cafe ni. Even JJCM pun pernah datang. So let's we try :)

Sis order Nasi Goreng Ayam Bali, Mee Hoon Thai. Keseluruhan terbaik. Tapi mee hoon terlalu pedas. Sis memang suka makan pedas. Tapi pedas ni, tak boleh tahan, terlalu pedas. Perut dah kenyang, bantal tilam pun dah panggil.

Sleep tight, esok nak turun breakfast. hehe

Around 9am, sis turun breakfast. Wah, breakfast sangat mewah. Pelbagai jenis breakfast ada. Dari tradisonal hingga ke barat. Terlalu banyak.

Nasi lemak
Mee Hoon goreng
Mee goreng
Sosej
Telur sambal
Nugget
Mee hoon sup
mee sup
Mee tiaw sup
Roti Jala
Roti bakar
Koko crunch

dan pelbagai lagi....

Dan makanan juga sedap. Terbaik chef!


Dah siap breakfast, kami terjun ke water park lagi. Last round before check out :)

Di waterpark, Sis jumpa orang yang sama dengan semalam.. kita-kita aje

Ok.. dah Rayqal.. time to go back..

12.30pm kami check out.







 














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...